Monday, 23 June 2014

Jenis Jenis Car Seat

Assalamualaikum!! kat post lepas anis ader citer tentang anak anak anis guna car seat and perlu ke tak car seat tu... so maybe ramai juga ibu bapa ader masalah yang sama macam anis dulu yang x berapa tahu tentang barangan baby tentang car seat stroller dan bermacam la..biasalah kalau jadi "first time parents"

Car seat ni ader terbahagi 5 jenis.

  • Infant car seat
  • convertable car seat
  • forward facing car seat
  • boosterseat with back rest
  • boosterseat without backrest
Mesti duk pikir maca,m mana agaknye rupe kelima lima car seat ni kan?? ok, Anis akan serta gambar ye.
INFANT CAR SEAT ( 0 - 9 MONTHS )
2.1KG - 13KG

CONVERTABLE CAR SEAT ( 0 - 7 YEARS )
2.1 KG - 32 KG

FORWARD FACING CAR SEAT ( 9 MONTHS - 3 YEARS )
13 KG - 18 KG

BOOSTER CAR SEAT ( WITH HARNEST ) 4 YEARS - 12 YEARS
BOOSTER CAR SEAT ( WITHOUT HARNESS ) 6 YEARS - 12 YEARS

BOOSTER CAR SEAT ( WITHOUT BACKREST )
6 YEARS - 12 YEARS

Selalunya anis akan advisekan parents kat luar sana ketahui lah beli car seat ni untuk newborn atau dah 9 bulan..sebab car seat ni cara installation dalam kereta berbeza beza..ada 2 cara installation dalam kereta iaitu dia panggil 
  • Rearward facing ( untuk baby umur 0 sampai 9 bulan atau setahun..lagi bagus )
  • Forward facing ( untuk kanak kanak umur 1 tahun ke atas. ) 
Macam mana agaknya rupa rear and foward facing ni? Anis attachkan contoh gambar untuk tengok ye

Rear facing ( wajib untuk newborn ) baby hadap kerusi kereta

Forward facing ( hanya untuk 9 atau setahun keatas sahaja ) Baby hadap depan

Ramai parents yang risau benor nak letak anak dalam position REAR FACING.Beribu alasan diberikan..alasan paling selalu Anis dengar masa keje kat kedai baby ritu ialah
  • tak nampak baby
  • takut baby panas tak kena air cond
  • kena silau cahaya matahari cermin belakang
  • baby nangis dalam car seat
Ada banyak cara dan tips anis akan bagi untuk macam mana nak berjaya bagi anak duk car seat..

  • Latih baby duduk dalam car seat seawal yang mungkin. contoh : baru keluar dar hospital selepas bersalin. ( si ibu pun boleh rehatkan diri tanpa stress dalam kereta sambil pangku baby )
  • check pampers dulu..pastikan baby x dalam keadaan poo poo.. kalau tak, nangis lah dia sebab tak selesa kan?
  • kedua, bagi dia kenyang..pastikan dia dah minum susu terlebih dahulu atau kenyangkan perut anak sebelum mulakan perjalanan ( buat baby newborn la ) kalau yang da besar boleh bancuh susu dan letakkan kat cup holder
  • kalau baby panas bila dia menghadap REAR FACING, sekarang kan canggih, kan ada kipas kecil macam kipas stroller tu? boleh attach kat mana mana supaya baby kene sidikt angin untuk hilangkan rasa panas dia
stroller fan jenama DIONO (USA)
ader penutup cegah baby tak gigit atau masukkan jari kat kipas yang gerak tu

Bagi yang kata tak nampak baby pula, ader jugak penyelesaian, sebab sekarang dah ader terciptanya satu bende ni.Bende ni namanya REAR VIEW MIRROR.

 ini jenama BRITAX
Ni jenama Diono

mana boleh dapatkan REAR VIEW MIRROR ni?? boleh dapatkan kat kedai First Few Years kat Curve atau di Paradigm Mall.dan ni link dia kalau nak beli online www.firstfewyears.com.my atau boleh cari kat Happikiddo yang ada kat Citta Mall Ara Damansara dan Publika Solaris Dutamas. ni link dia www.happikiddo.com.my

Car seat ni ada bermacam macam jenis harga..mungkin sebabkan features dia yang membuatkan satu car seat tu mahal dan juga lagi satu kalau car seat imported punye selalunye gov kenakan cukai tinggi tau..mahai..
Buat masa ni yang anis rasa features yang sgt bagus ialah jenama Britax terutama CONVERTABLE car seat dia...sebab?? sebab car seat jenama ni kiri dan kanan dia ader besi.so dia tahan kalau ader impact dari sisi, pastu dalam kusyen ada sterafoam yang padat mebolehkan dia absorb impact dari sisi( side impact )
ader chest clip dan paling penting ialah, kusyen die yang tebal and empuk..mana tak nya, company yang buat kusyen tuk bitax ni adalah company yang buat kusyen kerusi kapal terbang kot??

BRITAX MARATHON 70

antara aksesori kereta yang anis sarankan kalau nak guna car seat ialah seat saver..bagi yang kereta seat dia semi leather, x nak seat tu rosak atau berbekas sebabkan car seat ni kan pasang ketat ketat supaya tak bergerak..ni lah die 



kalau tak nanti akan jadi begini..


mase tu janganlah kaum bapa nak mengamuk iyer..hihihihi......... :p
















Sunday, 22 June 2014

Car Seat... Perlukah??

Pasti ramai ibu bapa yang dilemma pikirkan car seat ni sama ada perlu atau tidak kan?? lebih lebih lagi kat malaysia ni undang undangnya belum lagi wajibkan para ibu bapa gunakan car seat untuk anak anak mereka..tapi ape yang pasti kat luar negara macam kat USA atau Europe memang agak strict tentang car seat ni..Bukan ape, Ia adalah untuk keselamatan anak anak jugak...lebih baik sediakan payung sebelum hujan kan??
Dulu dulu anis pun tak ada kesedarn tentang betape pentingnye car seat ni.mase tu masa anak pertama anis belum kerja selama 8 bulan sebabkan jaga darwish yang agak lemah sebab lahir pramatang..mase tu pikir "buat ape beli car seat??, pangku je lagi senang " "bazir duit je beli car seat" TAPI semua tu berubah bila Anis kene masuk keje balik di Hyatt Regency Kuantan.. masa tu kami duk kat kuantan..Suami anis kerja di hotel lain, The Zenith Hotel..di bandar. Anis pula di tepi pantai Teluk Cempedak..Jadi kalau anis drive sendiri ke tempat kerja, tak ada siapa nak pegangkan darwish masa dalam kereta.So suami minta usharkan car seat murah murah..bajet dalam RM100++

So hari pertama kerja suami hantarlah darwish ke rumah pengasuh, pastu saya bawalah kereta ke tempat kerja...masa tu subuh..Shift kerja saya time tu pukul 6am sampai 2 pm.

Mase ni post ke Regency club mana handle tetamu VIP sahaja. 
Anis masa ni baru jadi Guest Service Officer kat regency club

Jadi, habis je shift keje kul 2 pm tu, ape lagi, cecepat tukor uniform, p pondok guard,punch card and berlari g kat kereta! ahahahaha, bersemangat nak cari car seat darwish punye pasai la ni..memule first destinasi ushar ialah di manjaku... ushar pun ushar harge semua dalam RM200 ke atas..uih..out bajet nanti..da la baru start kerje...pastu run p kat giant lak..haa, ade pun dalam harga RM103..brand sweet cherry pliko tu je..time tu pikir asal boleh gune ok la.Ape lagi, anis pun cecepat sumbat lah ke dalam troli shoping giant tu...hehehehe
nilah ruper car seat darwish yang pertama masa umur 8 bulan

masa tu anis tak tahu lagi car seat ni rupanya ader 2 jenis.yang duduk menghadap foward dan rearward...bantai je..mujur darwish dah pandai duduk.

tapi bila anis pindah ke kuala lumpur, damansara lik, anis keje kat kedai baby..anis belajar banyak tentang car seat ni...even anis keje tak sampai setahun anis digelar PRO car seat & breastpump...kih kih kih...penghargaan tuh..staff lama pun x macam anis yg pro sgt..maybe sebab minat kot..hehehe..

nak beli barang baby stroller car seat boleh singgah di curve atau di paradigm mall. staff well train n boss sgt ramah

masa turn adel pulak anis dah tak risau tentang car seat sebab tokey kedai first few years ni dah janji nak hadiahkan car seat untuk adel dah..wah..lega!!! bila last dah nak habis maternity leave tu p singgah kedai and collect car seat...Nak beli kat kedai dia ni den tak mampu lagi la nak beli sebab cecah RM1000+..yang dia hadiahkan car seat pun dah bernilai RM1099..
Graco My Ride NP:RM1099

Mahal sebab berkualiti..dan dia ader ciri ciri keselamatan yang diiktiraf..nanti dalam post lain anis akan share tentang car seat ye... car seat ni boleh gune dari newborn ( at least 2kg minimum ye) pramatang tak boleh..sampai 32KG..dalam 7 tahun atau 6 tahun gitulah..sangat berbaloi kan??kualiti pun bagus..tebal giler kusyen die lebih selesa dari kusyen kereta kita
selesanya!!!

tapi pabila masuk anak no 3 pula, pening dah nak beli mana car seat sebab anis tak keje dengan first few years lagi...so decide beli yang macam mana pun tak tahu..akhirnya anis ade idea, anis pu  belilah car seat yang untuk forwars facing sahaja dan transferkan adel ke car seat tu..car seat yang graco tu pula bagi kat baby adam pula guna...akhirnya misi pencarian car seat bermula lagi...survey survey online sekali ternampak ader orang jual on9 second hand Maxi cosi priori..murah giler..cumer RM130 je..ape lagi, beli terus la...yang baru pun ushar kat manjaku yang brand sweet  cherry pun cecah RM300..aduiyai..nak pakai lama..tak cadang beli kecik sebab nanti nak kena beli lagi..duit lagi..hehehehe...jimat kan bagus..banyak lagi nak dibelanja... order di FB..kalau ade sape sape nak beli toys atau stroller barangan baby secong murah n peralatan umah boleh beli ngn dia ni..anis bg link..sgt murah https://www.facebook.com/pages/Kedai-Anak-Kecik-Preloved/335756126538527  tu link nya..


Darwish menumpang sat car seat baru Adel
testing Adam dalam car seat...lena tido...
sementara tu car seat darwish lak yang pliko oren dah rosak..nak kena cari lagi car seat untuk dia tapi alhamdulilah ader hamba allah ni sedekahkan car seat anak dia yang dah tak pakai.....condition masih elok sangat sangat lagi
Car seat awish baru..
Alhamdulilah anis dah pun tukar kete baru lagi dari savy ke alza..sebab anak anak juga, baru tadi susun and pasang semua car seat dalam kete dan inilah rupa dalam kete anis
penuh da alza ni semua seat..xdapat nak numpang sesiapa dah kecuali seat belakang sekali seorang
bagi anis sangat penting car seat ni dari segi keselamatan kita dan keselamatan anak anak jugak..jadi anak anak tak ada lah lompat sini sana,terjatuh sini sana dan nangis,kacau kita masa drive dan yang penting sekali...sebab ni kes kisah benar berlaku ye kat jalan nak g muadzam shah, anaknya tetibe gurau senda ngan adiknya, tapi tak tahu kenape tetibe dia tarik stering maknya masa maknya drive..so masuk line bertentangan dan langgar lori..semuanya maut!

next post anis akan share pulak pengenalan car seat and jenis jenis car seat macam mana ramai ibu babpa tak tahu tentang car seat..biasanya sales girl kat kedai baby dah tak bagi info info dah lagi sebab sangat rumit..tau buat sale je..tapi anis ikhlas bg info pada sesiapa saja yang memerlukan! Orait! ChawcincHow!!












Friday, 20 June 2014

Ape itu IUGR???

Dalam post anis yang lepas anis ader bagitau tentang anak anis yang sulong tu, darwish dilahirkan awal seawal 32 minggu secara pembedahan c-section kan? sebab kan dia IUGR...

Ape mende IUGR tu? ha, IUGR adalah nama singkatan bagi Intrauterine Growth Restriction.. Ia adalah tumbesaran dan perkembagan bayi dalam kandungan terbantut di mana berat janin dibanding dengan usia kandungan di bawah persentil ke -10 seperti yang ditentukan ultrasound

Lebih kurang saiz macam ni lah masa Darwish dilahirkan..Duk dalam NICU dan berat 1 KG je

Tapi ader 2 jenis IUGR 

  • IUGR simetri

Semua organ-organ  dalaman termasuk kepala, kaki dan dan abdomen telah dikurangkan saiz.Pertumbuhan simetri menyumbang 20% - 25% daripada semua kes IUGR

  • IUGR tidak simetri
Pertumbuhan tidak simetri dicirikan dimana saiz kepala dan bayi otak adalah sama dengan umur kandungan, TAPI abdomen adalah lebih kecil..Biasenye IUGR tidak simetri tak dapat buktikan sampai TRIMESTER KETIGA

sebab sebab IUGR mungkin adalah ni 
  • berat ibu kurang 45KG
  • Kurang khasiat masa mengandung
  • pengunaan dadah, rokok atau alcohol
  • induce hypertensi kehamilan 
  • keabnormalan placenta/uri
  • keabnormalan tali pusat
  • kandungan kembar
  • ibu hamil mengalami diabetes / kencing manis
  • tahap air ketuban yang rendah
ehhmmmmm, masa mengandungkan darwish dulu memang gemar makan jajan..hehehehe..nasi??? tak nak makan langsung...masa mengandungkan darwish dulu suke makan keropok mamee, pape jajan je,memang makan..hehehehe..sebab tu masa mengandungkan darwish perut anis kecik sangat sampai orang tak perasan anis pregnant pun...nak nak kalau pakai t-shirt longgar lagi tak nampak...

pregnantkan awish kandungan 7 bulan
masa kandungan awal 8 bulan..

nampakkan macam tak pregnant kan?? selamber lagi boleh jejalan kat langkawi...hehehehe...

papepun alhamdulilah sekarang semuanya sihat cuma darwish saiznya agak kecil banding budak yang sebaya dia..darwish akan masuk umr 4 tahun 4 ogos 2014 ni.. 

Ni lah darwish saiznya sekarang...

Buat ibu ibu yang First time preggy tu makanlah makanan berkhasiat..makan vitamin tu..jangan skip..anis dulu selalu tak makan pun..hehehehe..supplement penting buat baby dalam pewut tuu taw....
kalau nak try supplemen SHAKLEE boleh je drop comment atau sms/ whatsapp kat anis 011-27476114..
Insyallah anis akan tolong sebaik mungkin tentang kehamilan since dah experince suka duka with and without SHAKLEE masa preggy dulu..  CHAWCINCHOW!!!










Wednesday, 18 June 2014

bersalin Czer @ Normal??

Disebabkan anis baru je habis pantang, so banyak info tentang baru bersalin tu still fresh di ingatan.. Ada juga tips yang dari baby centre kate kalau ibu ibu baru first time bersalin ke atau nk minta nasihat  ke lebih better minta nasihat dengan orang yang baru bersalin sebab kisahnye lebih sahih katanya...

Based on pengalaman anis, anis tak pernah lagi bersalin normal. Dari anak pertama Darwish sampailah anak ke -3 ni semua nye c section..  KENAPE?? info ye, bukan suke suke nk operate ye.. ader sebab sebab yang munasabah doctor suh buat pembedahan demi selamatkan anak anak anis...
Darwish dilahirkan pada usia kandungan 32 minggu..kira pramatang lah..lapan bulan masa tu..doctor kate darwish IUGR.. mase tu terpikir, ape ke mende IUGR tu? nanti next blog anis janji akan ceritakan ape tu IUGR ye.. so tak ada pilihan lain kecuali bersalin kaedah c section sebab masa tu bacaan air ketuban pun da kurang..
 masa kelahiran hari ketiga darwish
Darwish berusia 3 minggu lebih.Bantal kiri kanan tu lagi besar dari dia

Darwish lahir 1 kg sahaja beratnya....kecik kan?? kecik sangat sampai anis nak pegang dukung dia pun seriaau je raser..raser cm fragile sangat sangat.hahaha.. Beralih pulak ke anak no 2 tu

Muhammad Adel Ashraff muke ade kesan calar akibat vakum
Adel hari kedua dilahirkan

Adel pun lahir secara czer jugak sebab overdue 41 weeks..memang nak cuber normal tapi disebabkan anis tak ada langsung tanda tanda bersalin, baby adel pun still tinggi lagi dalam perut ni. so doktor bagitau yang kalau dia induce, sangat berisiko untuk anis sebab khuatir organ dalaman pecah akibat anis meneran sebab sakit..nanti tumpah darah lagi susah..so czerlah pada pada pagi khamis tu...akhir selamat pun lahirkan adel pada 06/09/2012 dengan berat 3.10 KG.. alhamdulilah selamat semuanya

Anak no 3 pulak pun lelaki juga!! hehehehe..semua hero anis dapat pun  bersalin secara czer sebab memang da termaktub dalam perubatan selalunya kalau da penah 2 kali czer, kali ketiga selalunya 99% czer juga..pernah juga tanya kat doktor kenapa tak boleh bersalin secara normal, dan doktor bagitahu sebab scar lama makin menipis, jadi peluang ia terkoyak dan tumpah darah sangat tinggi..tak boleh ambil risiko terlalu tinggi..sebab kita nak selamatkan dua dua pihak..si ibu dan si anak juga..Jadi pengalaman yang no 3 ni bersalin czer secara ELEKTIF...maksudnya dah tempah atau book tarikh untuk bedah..maknanya kita tahu dah tarikh lahir anak kita 1 or 2 minggu sebelum kita bersalin... excited kan?
Ni lah baby Adam first day dia

Adam dilahirakan secara Elektif Czer pada 25 april 2014..38 minggu..kalau elektif czer memang doktor akan sarankan bersalin awal 2 minggu supaya tak ada tanda tanda contraction...sebab kalau ader contraction nanti bahaya juga pada ibu..alhamdulilah dia dilahirkan dengan berat dia 2.54 kg..pada pagi....




Thursday, 12 June 2014

Coretan pertamaku ( pengenalan )

Bismillahirahmanirahim... ini lah coretan pertamaku di blog..selama ni xpenah pun anis nak buat blog blog nih, tapi ntah kenape ntah teringin nak buat untuk catatan pape yang berlaku pada hari hari anis akan datang atau info info kot boleh kiter saling sharing kan?? aper org kater sharing is caring kan? cheewahh

so, pengenalan diri yang basic yew.nama saye Fairuz Anith Bt Ezanee..status berkahwin ye...bini orang ye...


orang prefer panggil anis sebab lebih manis molek didengar..ramai asyik duk cakap nama Fairuz tu nama lelaki, tapi sebenarnye Fairuz tu adalah nama untuk PEREMPUAN ye...dalam arab bermaksud  " BATU PERMATA KEHIJAU HIJAUAN" zamrud la kot..
haah.. dengar tuh, xkan lelaki pulak dapat gelar diri batu permata pulaks ye? pelik kan?
 saya akan memasuki 24 tahun pada 30 julai 2014 ni.... Ape maknanye tu?? birthday ku jatuh pada hari raya aidilfitri la uollss!! yeay!! Ibu kepada 3 hero hero ku..
 Sulong ( Muhammad Darwish Darryan )
 Angah ( Muhammad Adel Ashraff )
Yang ni ke -3 ( Adam Haffith Adrian )

Sebenarnye anis baru je habis pantang bersalinkan anak no 3 tu..semua anak anak anis lelaki... 
ni antara pengenalan diri anis yang basic..